tarikh tu adalah tarikh keramat buat aku.
nak tau kenapa?
haa..sebab hari tu aku dapat keputusan PMR.
dapat berapa?
Alhamdullillah.
8A.
tapi post ni bukan nak habaq pasai result ja.nak cerita laa jugok dari awal pagi sampai pukul 1200 tengahari. waktu semua orang balik. macam ni cerita dia :
malam sebelum 22/12/2011:
aku memang tak boleh nak tidok.berguling sana.berguling sini. sejam berguling baru laa tidok.
pukul 0730:
aku terjaga. sebab my mom bukak lampu. haha. lepas tu my mom suruh aku pii sidai baju. after sidai, sambung tidok balek sampai 0830. tak tidok pon sebenarnya. dok baring jaa.
pukul 0833:
lepas bangon, kemas katil and pii mandi. then,sembahyang. hehe. sembahyang subuh pon lambat. apa nak jadi laa dengan nur syafieqah nii kan kan? after that pakai baju, siap-siap semua pukul 0900 dah.
pukul 0902:
my mom said that dia nak pi sekolah dia dulu.aku pon dok laa tunggu kat rumah dengan berpakaian lengkapnya.nasib baik ada AMIR. (my anak menakan). taklah boringg sangat.
pukul 0930:
dah tak boleh tahan dah. my mom still tak balek-balek jugok.aku pon pii amek beg tunggu kat luar. *ketaq sangat sebab depa kata kena arive there before 0930 :\ .
pukul 0950:
my mom call dia habaq dia nak sampai rumah dah.
pukul 0952:
bertolak dari rumah ke sekolah.
pukul 1002:
sampai kat sekolah. pi pi dewan. orang dok tepuk tangan. ingatkan sebab aku sampai on time. * ="> rupa-rupanya sebab cikgu-cikgu kelas ngan PK dah mai. hmm * =,=' aku pon pi laa dok sebelah lina ezzati. tempat tu jaa aku nampak kosong. then syazwani mai habaq kata satu kelas 3 SULTANAH dapat 8A. Alhamdullillah. lepas tu PK dok bagi ucapan. aku dengan ketaqnya dok laa tunggu kat situ. then,aku dok laa usha mamat tu. aku tengok dia.dia tengok kau. hahah lawak sangat. hilang laa sikit ketaq.
pukul 1026:
PK dah nak umum dah.dia start with..Adlina Binti Yosri.. then alia, amnie, anis, aqilah, athirah nazari, athirah anis, nur athilah, anis sohimi, nazihah, nadzatul aqmal, fatin farhana, nabilah hanim, humaira hamdi, izzati ismail, farrah, izzati zamalik, nurilyana aifa, daannnn..
NUR SYAFIQAH BINTI MAHAMUD .
wahh..terharunya, yang paling terharu sekali, mamat tu amek gambar aku. haha. tah lawa ka dak? hmmmmm * >,< .after that, lina hosni, lina ezzati, zalikha, syasya izzati, shulhan awanis, syazwani, and last but not least tunku intan sophia. bangga gila satu kelas dapat 8A.
tak ingat dah aih pukul berapa:
salam dengan my mom then cikgu-cikgu.lepaih tu pi dok kat stage yang tulis SMK SULTANAH ASMA besar-besar tu. macam biasa aku dok kat depan. haha ramai gila photographer kat situ waktu tu.tapi takdak wartawan rasa. then, amek gambar 1 kelas. yang bestnya, mak izzati ismail bagi kat kami RM50 sorang satu.hahah. wahh thank you sangat-sangat. bukan senang orang nak bagi RM50 centu-centu jaa. finally, aku ngan my mom jalan pi kereta. tapi tapi my mom suruh tuan haji mana tah amek gamabr kami dua. dia siap interview my mom lagi. bila ditanya. rupa-rupanya dia adalah ayah kepada izzati ismail.hahah lawak sangat aih. lastlyy, kami pon balek rumah.
sorry laa kena baca panjang-pangjang. sebab lewat sehari kan? denda denda :p